Tuesday, July 17, 2018

Mengambil Langkah Pertama...

Dalam tahun 1991, Parlimen Malaysia telah meluluskan satu rang undang-undang yang memisahkan Jabatan Penerbangan Malaysia (JPA) kepada dua badan yang mempunyai ruang lingkup tanggungjawab yang berbeza. JPA kekal sebagai badan yang mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan peraturan dan undang-undang bagi lapangan terbang dan industri penerbangan di Malaysia, manakala badan yang baru dibentuk, Malaysia Airports, yang ditubuhkan dalam tahun 1992, akan menfokuskan kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan terbang.
Malaysia Airports Holdings Berhad kemudiannya diperbadankan sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tahun 1999, dan menjadi pengendali lapangan terbang yang pertama di Asia dan yang ke enam di dunia yang disenaraikan di bursa saham. Malaysia Airports ialah satu-satunya syarikat lapangan terbang dengan pelbagai portfolio lapangan terbang, justeru meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Lapangan terbang di bawah pengendalian kami adalah dari 5 pintu keluar/masuk antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik hinggalah ke 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOLports) yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan pedalaman dan terpencil di Malaysia.
Perniagaan Kami
Sebuah Syarikat Lapangan Terbang Global Holistik
Mengendali dan menguruskan pintu masuk penerbangan negara ialah satu penghargaan yang datang bersama tanggungjawab untuk memastikan kapasiti lapangan terbang di seluruh negara mencukupi untuk menyokong dan meningkatkan daya saing di peringkat negeri dan kebangsaan. Aktiviti-aktiviti teras kami termasuklah pengurusan, operasi, penyelenggaraan dan pembangunan lapangan terbang, dalam kedua-dua komponen aeronautikal dan bukan-aeronautikal.
Di bidang penerbangan, asas pendapatan Malaysia Airports datang daripada kutipan caj perkhidmatan pelanggan (PSC), fi pendaratan dan parkir kapal terbang dan lain-lain caj tambahan kepada syarikat-syarikat penerbangan. Asas pendapatan daripada bidang bukan-aeronautikal didapati terutamanya daripada perniagaan operasi dan aktiviti- aktiviti komersil tidak berkaitan lapangan terbang, dan ini termasuklah operasi bebas cukai dan peruncitan, operasi hotel, operasi zon komersil percuma, penyewaaan ruang komersil dan pengurusan kemudahan parkir di lapangan terbang kami di seluruh negara. Tidak ada satupun syarikat lapangan terbang di dunia ini yang dapat menyamai model perniagaan Malaysia Airports dan kepelbagaian portfolionya.
Keunikan ini telah mentransformasikan Malaysia Airports menjadi sebuah syarikat lapangan terbang global yang holistik yang menyediakan skop perkhidmatan dan kemahiran yang komprehensif.
Pintu masuk negara
Sebagai pintu masuk antarabangsa utama negara, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mempunyai kedudukan yang baik sebagai hab penerbangan utama bagi Asia Tenggara. Ia berbangga dengan fleksibilitinya menggabungkan sambungan penerbangan jarak dekat dan jarak jauh dengan kemudahan yang mengintegrasikan operasi kedua-dua perkhidmatan penuh dan tambang murah dan kedudukannya dari segi geografi dengan kawasan jangkaun penumpang yang mencukupi dalam jarak lingkungan empat hingga lima jam masa penerbangan dari KLIA.
Kami melihat ke masa hadapan dengan menetapkan rentak kami pada Hab Generasi Masa Depan, satu konsep yang akan mentransformasikan KLIA sebagai hab unggul di mana dunia penerbangan perkhidmatan penuh dan penerbangan tambang murah bersatu. Sementara Hab Generasi Masa Depan KLIA dicipta untuk menggalakkan saling keterkaitan antara syarikat-syarikat penerbangan di KLIA, terminal pertama di dunia yang dicipta khusus untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang murah, klia2 pula ditetapkan untuk menjadi penanda aras bagi lain-lain terminal seumpamanya yang bakal dibina di seluruh dunia.
Ciri-ciri unik Malaysia Airports ialah portfolio lapangan terbangnya yang begitu luas kepelbagaiannya di mana sifat setiap lapangan terbang berbeza mengikut keperluan operasinya. Walaupun pada asasnya semua lapangan terbang mempunyai tujuan utama yang sama iaitu menyediakan sambungan penerbangan, keperluan operasinya berbeza-beza dari segi penawaran komersil dan prospek pertumbuhan, ini memberikan pencapaian kewangan yang bercampur-campur. Selama bertahun-tahun kami sentiasa teguh dalam meningkatkan aktiviti-aktiviti komersil kami yang amat mustahak untuk memberikan pulangan yang kukuh kepada para pemegang saham disamping membolehkan caj-caj penerbangan kekal kompetitif dan memacu pertumbuhan lapangan terbang seterusnya.
Ini telah membenarkan kami untuk memberikan silang subsidi kepada lapangan terbang -lapangan terbang komuniti yang kecil dan pangkalan-pangkalan STOL dengan lapangan terbang -lapangan terbang yang lebih besar dan lebih menguntungkan di seluruh negara. Maka, dengan menyediakan perjalanan udara kepada kawasan-kawasan pedalaman dan terpencil ini yang tidak mempunyai jalan perhubungan yang sesuai, kami telah memenuhi satu tanggungjawab sosial korporat yang amat penting.
Kepakaran Pengurusan Lapangan Terbang
Malaysia Airports mengembangkan kepakarannya dalam bidang pengurusan dan pelaburan lapangan terbang ke lapangan terbang lain di luar negara, justeru itu mempelbagaikan lagi portfolio lapangan terbangnya. Pada hari ini, usaha sama luar negara kami menjangkau jauh sehingga ke negara India dan Turki. Lapangan terbang yang terlibat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi, Hyderabad dan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi yang terletak di India serta Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen yang terletak di Turki.
Malaysia Airports juga telah mewujudkan pusat latihan global yang menumpukan pada usaha untuk menyediakan kursus-kursus pengendalian dan pengurusan lapangan terbang, perkhidmatan bomba dan penyelamat lapangan terbang serta keselamatan penerbangan untuk para peserta dari seluruh rantau Asia Pasifik dan juga para pekerja Malaysia Airports. Kemudahan latihan kami juga disahkan dan diiktiraf oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia. Pusat Latihan Malaysia Airports (MATC) yang terletak di Pulau Pinang diiktiraf sebagai Pusat Latihan Keselamatan Penerbangan (ASTC) bagi ICAO, manakala MATC KLIA pula diiktiraf sebagai Hab Latihan Global (GTH) bagi ACI untuk rantau Asia Pasifik. Sementara itu Malaysia Airports' School of Airport Engineering yang terletak di KLIA memberikan tumpuan pada usaha untuk menyediakan latihan bagi para pekerja kami.

Visi 
Untuk menjadi peneraju global dalam membangunkan bandar lapangan terbang. 
 Misi
Bersama kita mencipta pengalaman menyeronokkan dengan menghubungkan pengguna dan perniagaan.



LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING







 
​Sejak pembinaannya oleh Kerajaan British di Sarawak pada ​1940-an, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA - Kuching International Airport) telah menjadi gerbang ke negeri Sarawak serta Brunei dan Sabah. KIA terletak 11 km di selatan bandar raya Kuching. Lapangan terbang ini mampu mengendalikan 5 juta penumpang setahun, menjadikannya lapangan terbang keempat paling sibuk selepas KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ia juga berupaya menampung pesawat udara Airbus A380 dan Boeing 747. Lapangan terbang ini mempunyai pelbagai kedai jualan runcit dan bebas cukai, kafe dan restoran, serta ruang menunggu premium untuk kemudahan dan keselesaan perjalanan para penumpang.


Lapangan terbang ini juga merupakan pangkalan udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM atau singkatan bahasa Inggerisnya RMAF).


SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
Seni Pertahanan Diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang mempertahankan diri daripada serangan musuh. Ia merupakan kaedah berlawan secara tradisi dengan atau tanpa menggunakan senjata. Seni Pertahanan Diri telah lama wujud sejak berkurun abad dahulu. Pada zaman dahulu, adalah menjadi satu amalan setiap orang terutamanya kaum lelaki harus mempelajari dan mempunyai ilmu pertahanan diri. Boleh dikatakan hampir setiap negara mempunyai seni pertahanan diri yang berkembang hasil cetusan tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk seterusnya menjadi budaya sesuatu kaum atau masyarakat. Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini Antaranya ialah Seni Persilatan Melayu, Silambam, Wushu, Kuntau dan sebagainya. Seni mempertahanan diri sering dikaitkan dengan budaya sesebuah kaum perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai asas menyatupadukan masyarakat di negara ini. Ini kerana seni mempertahanan diri bukan hanya bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin malah melatih pengamalnya memupuk semangat cintakan negara.
Sebanyak 2 jenis seni pertahanan diri telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan iaitu:
a)    Seni Persilatan Melayu
b)    Silambam

SENI PERTAHANAN DIRI

Jenis                          :           Seni Pertahanan Diri Kaum India
Objek Warisan         :           Silambam
Silambam merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari negara India. Dipercayai, ia telah bermula sejak 5,000 tahun lalu di India. Ia menggunakan tongkat yang diperbuat daripada tongkat buluh bagi mempertahankan diri daripada serangan binatang buas.


Butiran                      :           Seni Persilatan Melayu
Jenis                          :           Pertahanan Diri
Seni silat begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Ia wujud sejak zaman-berzaman. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di BruneiFilipinaIndonesiaMalaysia, dan Thailand. Silat berbeza dengan seni beladiri yg lain kerana Silat merupakan ilmu kependekaran(beladiri) hak milik orang-orang Melayu yang bukan hanya terkandung ilmu beladiri semata-mata tetapi dalam ruang lingkup yg lebih luas iaitu merangkumi adat dan adab bangsa Melayu dan nilai-nilai Islam yang tersemai di dalamnya. Antara senjata-senjata Melayulama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti kerisbadikkerambitparangpedang,ladingTumbuk Ladatekpitongkattembongdan sundang. Silat terbahagi kepada tiga secara umum iaitu Silat pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain. Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silatyang telah dapat dikesan.




KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GADGET PADA MASA KINI
Antara keburukan yang boleh kita lihat:


  • Gajet membantu dalam pembelajaran, namun tidak menggalakkan pembelajaran inovatif – remaja terlalu bergantung kepada gajet dari sejak kecil boleh membantutkan kreativiti dalam mencari penyelesaian bagi masalah kerana mereka terlalu dimanjakan dengan maklumat.
  • Tidak menggalakkan perbualan/berinteraksi di antara ibu bapa dan anak-anak – perhubungan digital boleh menyebabkan hubungan ibu bapa dan anak-anak menjadi renggang apabila terlalu asyik dengan gajet. Jangan biarkan gajet menjadi penghalang dalam hubungan kekeluargaan.
  • Boleh menyebabkan gangguan tidur – Untuk manusia normal, kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.Kita selalu tidur lambat disebabkan leka bermain gajet sehingga lewat malam.Kesannya cahaya yang bersinar dari skrin gajet boleh mengganggu tubuh kita yang sedang bersedia untuk tidur.Ini menyebabkan kita sering tidor lewat malam.
  • Menyebarkan khabar angin - Gajet telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin yang nyata palsu seperti yang  disebarkan melalui sms,whatsapp, serta kemudahan yang lain.Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan terlebih dahulu dengan mudah akan menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah memberi impak yang buruk kepada pihak tertentu. 
  • Menjejaskan pelajaran - Keburukkan ini khusus kepada para pelajar dimana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan gajet.Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam gadjet lebih menarik minat mereka daripada menghadap buku pelajaran. Sekiranya pelajar membawa gadjet ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku dimana tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru akan terjejas. 

     Antara kebaikkan gadjet pula ialah

  • Alat perhubungan - Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak kira di mana meraka berada. Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung  melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja.

  • Sebagai alat hiburan - Gadjet masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat semua golongan untuk memiliki gadjet. 

  • Memudahkan kerja - Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan gadjet untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan gadjet masa kini untuk mengakses email dan juga aplikasi-aplikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calender, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

KEBURUKAN MEROKOK


Menjejaskan Kesihatan Diri
Keburukan utama tabiat merokok ialah boleh menjejaskan kesihatan diri.Tabiat merokok mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit kronik.Antara penyakit kronik tersebut ialah barah paru-paru,barah hati,barah mulut dan penyakit jantung.Sesungguhnya,penyakit-penyakit ini boleh membawa kematian


Menjejaskan Kesihatan Keluarga
Selain itu,tabiat merokok juga boleh menjejaskan kesihatan keluarga.Asap rokok yang terdapat di dalam udara rumah akan menyebabkan keluarga terdedah kepada penyakit berbahaya.Hai ini kerana asap rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kima beracun yang amat berbahaya.Apabila terdapat ahli keluarga sakit,pasti ia akan menyusahakan semua orang dalam keluarga.


Pembaziran Wang
Tabiat merokok juga menyebabakan berlakunya pembaziran wang.Dalam sehari perokok terpaksa berbelanja puluhan ringgit untuk membeli rokok.Dengan ini perbelanjaan sara hidup perokok akan bertambah dan apa  yang pasti tiada maanfaat yang diperolehi daripada tabiat ini.Jika seseorang tidak merokok,pasti mereka boleh mennyimpan wang tersebut untuk masa depan.


Mengotorkan Alam Sekitar
Disamping itu,tabiat merokok juga boleh mengotorkan alam sekitar,Udara akan menjadi tercemar dengan asap rokok.Selain itu,terdapat juga perokok yang sengaja membuang punting atau kotak rokok di tempat awam.Keadaan ini boleh mencemarkan alam sekitar sekali gus boleh merosakkan imej negara pada pandangan pelancong asing.


Boleh Menyebabkan Kebakaran
Tabiat merokok juga boleh  menyebabakan berlakunya kebakara.Kebakaran boleh berlaku apabila perokok membuang punting rokok yang masih berasap di semak atau tampat pembuangan sampah.Kebakaran yang berlaku akan merosakkan tanaman,harta benda dan mendatangkan kesusahan kepada  anggota bomba.Alam sekitar juga akan tercemar dengan asap tebal dan ia boleh menyebabkan terjadinya jerebu.

Sukan badminton sememangnya tidak asing lagi dengan kita di Malaysia sejak dari zaman anak-anak Sidek sehinggalah ke zaman kegemilangan hero kebanggaan kita, Datuk Lee Chong Wei. Badminton menjadi sukan yang di minati ramai tidak mengira peringkat umur. Ianya menjadi sukan kegemaran ramai kerana ia adalah sukan yang mudah untuk di pelajari dan seronok di samping dapat mengekalkan gaya hidup sihat. Jadi, mari kita lihat kelebihan berbadminton.


Mengurangkan berat badan

Berat badan boleh dikurangkan kerana kalori terbakar lebih 250 kalori dalam masa sejam. Lemak dibakar dan ini dapat membantu dalam mencapai berat badan yang ideal. Tapi ianya mestilah di turuti dengan penjagaan pemakanan.


Membentuk badan

Sukan badminton ini memerlukan banyak pergerakan seperti berlari dan melompat yang dapat meningkatkan lagi ketangkasan dan fleksibiliti badan anda. Ia dapat menguatkan bahagian kaki dan tangan anda. Keseimbangan badan juga akan meningkat dan otot anda akan bergerak lalu menghasilkan badan yang lebih terbentuk.


Kesihatan jantung

Pengaliran darah dalam badan boleh ditingkatkan dengan menaikkan kadar degupan jantung. Senaman kardio penting untuk jantung. Oleh kerana sukan badminton ini meliputi banyak pergerakan dan aktiviti, ia termasuk dalam latihan interval. Dengan melakukan senaman dan banyak terlibat dengan sukan, peratus untuk penyakit jantung adalah rendah dan rendah paras kolesterol.


Membuat anda gembira

Apa yang paling penting ialah aktiviti ini membuatkan anda berasa gembira dan boleh mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Aktiviti sihat ini boleh di lakukan bersama keluarga dan rakan terdekat di samping dapat meluangkan masa berharga bersama mereka.
ISU e-rokok dan vape menjadi agak 'panas' di Malaysia kini apabila kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok ala generasi baharu ini. Bagi penghisap rokok dan pengamal vape juga dikenali sebagai vapers, seolah-olah keputusan ini satu 'kemenangan' awal bagi mereka pula.
Sebagai seorang pengamal perubatan dan aktif bersama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) iaitu badan bukan kerajaan (NGO), ingin mengajak pihak berwajib dan kerajaan, ibu bapa serta remaja dan juga mereka yang berkepentingan untuk memahami isu e-rokok dan vape dengan lebih mendalam.
Pendirian tegas dalam isu ini dan pengharaman gejala e-rokok dan vape ini adalah wajar kerana memahami kemudaratan yang disebabkan oleh wap vapor yang dihasilkan melalui kaedah alat elektronik. Saranan ini berdasarkan beberapa kajian saintifik, kajian awal pendedahan wap e-rokok dan juga meneliti pandangan hukum syarak.
Boleh beri kesan mudarat
Walaupun begitu, kita sedar kajian ilmiah secara konklusif untuk mengaitkan wap vapor e-rokok dengan kemudaratan seperti kanser ke atas manusia masih belum diperoleh. Ini tidak bermaksud, kita perlu berdiam diri dan membiarkan gejala ini terus merosakkan masyarakat terutama generasi muda. Banyak kajian awal dan sebahagiannya masih dalam proses kajian, kesan buruk dan mudarat dari segi sosial dan kesihatan mental telah dikenal pasti.
Perlu ditekankan di sini bahawa kategori alat elektronik ini termasuk yang tidak mengandungi nikotin dikenali sebagai vape dan e-rokok pula mengandungi nikotin. Kedua-duanya ini boleh mendatangkan gejala kurang sihat.
Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid untuk menghasilkan wap atau vapor. E-liquid pula adalah campuran bahan kimia seperti stablizing agent iaitu prolylene glycol, vegetable glycerin (glycol), perasa dan nikotin.
Ada juga campuran e-liquid ini yang tidak mengandungi nikotin. Namun, nikotin sangat mudah melarut dalam prolylene glycol manakala vegetable glycerin pula menggalakkan kepekatan wap yang dihasilkan. Pelbagai jenis perasa juga digunakan seperti perasa makanan yang biasa. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut persis seperti merokok. Gejala ketagihan melalui vape ini tidak perlu dipertikaikan kerana sebahagian besar kandungan e-liquid itu mengandungi nikotin.
Umum mengetahui bahawa nikotin adalah bahan yang didapati daripada daun tumbuhan dan ia ubat perangsang semula jadi. Sebanyak 0.6 hingga tiga peratus nikotin dikenal pasti ada dalam daun tembakau kering manakala 2-7 ug/kg dalam tumbuhan lain. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan hampir sama seperti ketagihan kepada heroin dan kokain.
Justeru, pendedahan berpanjangan kepada nikotin akan memberi kesan kepada psikologi seperti mampu mengubah mood, memberi kesan perangsang (stimulant) dan penenang. Banyak kajian saintifik menunjukkan pada dos yang minimum iaitu 2mg nikotin yang diserap ke dalam darah memberi kesan stimulant manakala dos yang tinggi sekitar 50 hingga 100mg mengakibatkan kesan mudarat.