LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING
Sejak pembinaannya oleh Kerajaan British di Sarawak pada 1940-an, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA - Kuching International Airport) telah menjadi gerbang ke negeri Sarawak serta Brunei dan Sabah. KIA terletak 11 km di selatan bandar raya Kuching. Lapangan terbang ini mampu mengendalikan 5 juta penumpang setahun, menjadikannya lapangan terbang keempat paling sibuk selepas KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ia juga berupaya menampung pesawat udara Airbus A380 dan Boeing 747. Lapangan terbang ini mempunyai pelbagai kedai jualan runcit dan bebas cukai, kafe dan restoran, serta ruang menunggu premium untuk kemudahan dan keselesaan perjalanan para penumpang.
Lapangan terbang ini juga merupakan pangkalan udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM atau singkatan bahasa Inggerisnya RMAF).
Lapangan terbang ini juga merupakan pangkalan udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM atau singkatan bahasa Inggerisnya RMAF).
No comments:
Post a Comment