Sukan badminton sememangnya tidak asing lagi dengan kita di Malaysia sejak dari zaman anak-anak Sidek sehinggalah ke zaman kegemilangan hero kebanggaan kita, Datuk Lee Chong Wei. Badminton menjadi sukan yang di minati ramai tidak mengira peringkat umur. Ianya menjadi sukan kegemaran ramai kerana ia adalah sukan yang mudah untuk di pelajari dan seronok di samping dapat mengekalkan gaya hidup sihat. Jadi, mari kita lihat kelebihan berbadminton.
Mengurangkan berat badan
Berat badan boleh dikurangkan kerana kalori terbakar lebih 250 kalori dalam masa sejam. Lemak dibakar dan ini dapat membantu dalam mencapai berat badan yang ideal. Tapi ianya mestilah di turuti dengan penjagaan pemakanan.
Membentuk badan
Sukan badminton ini memerlukan banyak pergerakan seperti berlari dan melompat yang dapat meningkatkan lagi ketangkasan dan fleksibiliti badan anda. Ia dapat menguatkan bahagian kaki dan tangan anda. Keseimbangan badan juga akan meningkat dan otot anda akan bergerak lalu menghasilkan badan yang lebih terbentuk.
Kesihatan jantung
Pengaliran darah dalam badan boleh ditingkatkan dengan menaikkan kadar degupan jantung. Senaman kardio penting untuk jantung. Oleh kerana sukan badminton ini meliputi banyak pergerakan dan aktiviti, ia termasuk dalam latihan interval. Dengan melakukan senaman dan banyak terlibat dengan sukan, peratus untuk penyakit jantung adalah rendah dan rendah paras kolesterol.
Membuat anda gembira
Apa yang paling penting ialah aktiviti ini membuatkan anda berasa gembira dan boleh mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Aktiviti sihat ini boleh di lakukan bersama keluarga dan rakan terdekat di samping dapat meluangkan masa berharga bersama mereka.
No comments:
Post a Comment