Tuesday, July 17, 2018

Mengambil Langkah Pertama...

Dalam tahun 1991, Parlimen Malaysia telah meluluskan satu rang undang-undang yang memisahkan Jabatan Penerbangan Malaysia (JPA) kepada dua badan yang mempunyai ruang lingkup tanggungjawab yang berbeza. JPA kekal sebagai badan yang mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan peraturan dan undang-undang bagi lapangan terbang dan industri penerbangan di Malaysia, manakala badan yang baru dibentuk, Malaysia Airports, yang ditubuhkan dalam tahun 1992, akan menfokuskan kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan terbang.
Malaysia Airports Holdings Berhad kemudiannya diperbadankan sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tahun 1999, dan menjadi pengendali lapangan terbang yang pertama di Asia dan yang ke enam di dunia yang disenaraikan di bursa saham. Malaysia Airports ialah satu-satunya syarikat lapangan terbang dengan pelbagai portfolio lapangan terbang, justeru meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Lapangan terbang di bawah pengendalian kami adalah dari 5 pintu keluar/masuk antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik hinggalah ke 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOLports) yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan pedalaman dan terpencil di Malaysia.
Perniagaan Kami
Sebuah Syarikat Lapangan Terbang Global Holistik
Mengendali dan menguruskan pintu masuk penerbangan negara ialah satu penghargaan yang datang bersama tanggungjawab untuk memastikan kapasiti lapangan terbang di seluruh negara mencukupi untuk menyokong dan meningkatkan daya saing di peringkat negeri dan kebangsaan. Aktiviti-aktiviti teras kami termasuklah pengurusan, operasi, penyelenggaraan dan pembangunan lapangan terbang, dalam kedua-dua komponen aeronautikal dan bukan-aeronautikal.
Di bidang penerbangan, asas pendapatan Malaysia Airports datang daripada kutipan caj perkhidmatan pelanggan (PSC), fi pendaratan dan parkir kapal terbang dan lain-lain caj tambahan kepada syarikat-syarikat penerbangan. Asas pendapatan daripada bidang bukan-aeronautikal didapati terutamanya daripada perniagaan operasi dan aktiviti- aktiviti komersil tidak berkaitan lapangan terbang, dan ini termasuklah operasi bebas cukai dan peruncitan, operasi hotel, operasi zon komersil percuma, penyewaaan ruang komersil dan pengurusan kemudahan parkir di lapangan terbang kami di seluruh negara. Tidak ada satupun syarikat lapangan terbang di dunia ini yang dapat menyamai model perniagaan Malaysia Airports dan kepelbagaian portfolionya.
Keunikan ini telah mentransformasikan Malaysia Airports menjadi sebuah syarikat lapangan terbang global yang holistik yang menyediakan skop perkhidmatan dan kemahiran yang komprehensif.
Pintu masuk negara
Sebagai pintu masuk antarabangsa utama negara, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mempunyai kedudukan yang baik sebagai hab penerbangan utama bagi Asia Tenggara. Ia berbangga dengan fleksibilitinya menggabungkan sambungan penerbangan jarak dekat dan jarak jauh dengan kemudahan yang mengintegrasikan operasi kedua-dua perkhidmatan penuh dan tambang murah dan kedudukannya dari segi geografi dengan kawasan jangkaun penumpang yang mencukupi dalam jarak lingkungan empat hingga lima jam masa penerbangan dari KLIA.
Kami melihat ke masa hadapan dengan menetapkan rentak kami pada Hab Generasi Masa Depan, satu konsep yang akan mentransformasikan KLIA sebagai hab unggul di mana dunia penerbangan perkhidmatan penuh dan penerbangan tambang murah bersatu. Sementara Hab Generasi Masa Depan KLIA dicipta untuk menggalakkan saling keterkaitan antara syarikat-syarikat penerbangan di KLIA, terminal pertama di dunia yang dicipta khusus untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang murah, klia2 pula ditetapkan untuk menjadi penanda aras bagi lain-lain terminal seumpamanya yang bakal dibina di seluruh dunia.
Ciri-ciri unik Malaysia Airports ialah portfolio lapangan terbangnya yang begitu luas kepelbagaiannya di mana sifat setiap lapangan terbang berbeza mengikut keperluan operasinya. Walaupun pada asasnya semua lapangan terbang mempunyai tujuan utama yang sama iaitu menyediakan sambungan penerbangan, keperluan operasinya berbeza-beza dari segi penawaran komersil dan prospek pertumbuhan, ini memberikan pencapaian kewangan yang bercampur-campur. Selama bertahun-tahun kami sentiasa teguh dalam meningkatkan aktiviti-aktiviti komersil kami yang amat mustahak untuk memberikan pulangan yang kukuh kepada para pemegang saham disamping membolehkan caj-caj penerbangan kekal kompetitif dan memacu pertumbuhan lapangan terbang seterusnya.
Ini telah membenarkan kami untuk memberikan silang subsidi kepada lapangan terbang -lapangan terbang komuniti yang kecil dan pangkalan-pangkalan STOL dengan lapangan terbang -lapangan terbang yang lebih besar dan lebih menguntungkan di seluruh negara. Maka, dengan menyediakan perjalanan udara kepada kawasan-kawasan pedalaman dan terpencil ini yang tidak mempunyai jalan perhubungan yang sesuai, kami telah memenuhi satu tanggungjawab sosial korporat yang amat penting.
Kepakaran Pengurusan Lapangan Terbang
Malaysia Airports mengembangkan kepakarannya dalam bidang pengurusan dan pelaburan lapangan terbang ke lapangan terbang lain di luar negara, justeru itu mempelbagaikan lagi portfolio lapangan terbangnya. Pada hari ini, usaha sama luar negara kami menjangkau jauh sehingga ke negara India dan Turki. Lapangan terbang yang terlibat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi, Hyderabad dan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi yang terletak di India serta Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen yang terletak di Turki.
Malaysia Airports juga telah mewujudkan pusat latihan global yang menumpukan pada usaha untuk menyediakan kursus-kursus pengendalian dan pengurusan lapangan terbang, perkhidmatan bomba dan penyelamat lapangan terbang serta keselamatan penerbangan untuk para peserta dari seluruh rantau Asia Pasifik dan juga para pekerja Malaysia Airports. Kemudahan latihan kami juga disahkan dan diiktiraf oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia. Pusat Latihan Malaysia Airports (MATC) yang terletak di Pulau Pinang diiktiraf sebagai Pusat Latihan Keselamatan Penerbangan (ASTC) bagi ICAO, manakala MATC KLIA pula diiktiraf sebagai Hab Latihan Global (GTH) bagi ACI untuk rantau Asia Pasifik. Sementara itu Malaysia Airports' School of Airport Engineering yang terletak di KLIA memberikan tumpuan pada usaha untuk menyediakan latihan bagi para pekerja kami.

Visi 
Untuk menjadi peneraju global dalam membangunkan bandar lapangan terbang. 
 Misi
Bersama kita mencipta pengalaman menyeronokkan dengan menghubungkan pengguna dan perniagaan.

No comments:

Post a Comment