Tuesday, July 17, 2018



Tempat yang paling menarik dan famous di Pulau Pinang ni sudah pastinya Bukit Bendera. Memang tak sah kalau anda datang ke sini tapi tak mengunjungi Bukit Bendera. Bukit ni memang famous dengan pelancong-pelancong asing dalam bahasa Inggerisnya pula ia dikenali sebagai Penang Hill. Juga ada nama lainnya iaitu Flagstaff Hill. Bukit Bendera ni yang terletak kira-kira 735m atau 2450 kaki tingginya dari aras laut, mempunyai suhu yang agak sejuk dan nyaman sedikit berbanding tanah rata di bawah .Menurut Wikipedia lagi suhu puratanya di atas sana ialah 21 hingga 27 darjah celcius, dengan bulan paling sejuk ialah antara Jun hingga Oktober dan tinggi sikit pada Disember hingga April.



No comments:

Post a Comment